Thursday, July 23, 2009

WakTu

  • Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

  • Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi

  • Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

  • Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

  • Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

  • Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.

  • Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

  • Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

  • Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

KiTa L@hiR dEngaN ....

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir 1 mulut kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Tuesday, July 21, 2009

13 rAsia CINTA lebiH hEbat ^-^



Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, anda perlu mengetahui 13 rahsia yang menjadikan cinta anda dan pasangan menjadi lebih lancar dan membahagiakan walaupun kadang kala cinta yang yang terjalin tidak kesampaian.

1. Jika seseorang yang istimewa hadir di dalam hidup anda dan dengan beberapa sebab tertentu dia terpaksa pergi, anda harus merelakannya. Jangan terlalu bersedih dan terimalah hakikat bahawa dia tercipta bukan untukmu. Walaupun tidak dapat bersama untuk selamanya, sekurang-kurangnya dia pernah hadir membahagiakan anda. Sentiasa percaya kepada jodoh kerana jika dia memang ditakdirkan untuk anda, walaupun sejuta halangan yang mendatang, dia pasti akan tetap menjadi milik anda.

2. Jangan cuba melarikan diri daripada cinta apabila cinta sudah berada di hadapan anda. Sentiasa menghargai insan yang menyayangi dan mencintai anda. Bukan mudah untuk mencari cinta kerana cinta selalunya hadir dengan hati yang tulus dan niat yang ikhlas.

3. Sentiasa berani berhadapan dengan risiko. Di alam percintaan semestinya pelbagai halangan akan ditempuhi. Hanya mereka yang benar-benar berani mampu merasai cinta yang sejati. Ingat peluang bukan selalu hadir dan mungkin itulah peluang sekali seumur hidup yang akan kamu temui. Maka apabila bertemu dengan orang yang sesuai, rebut peluang itu dan jangan biarkan dia ternanti-nantikan balasan cinta anda.

4. Belajar menghargai orang lain yang sentiasa setia di saat anda susah ataupun senang. Jangan sampai anda mengalirkan air mata akibat menyesal kerana membiarkan cinta berlalu begitu sahaja. Sudah lumrah manusia yang selalu tidak menghargai seseorang yang menyayangi kita sehinggalah orang tersebut pergi meninggalkan kita. Saat itu pasti tiada sesiapa yang akan menemani anda lagi.


5. Terdapat banyak bintang di langit, tetapi hanya sebutir bintang yang benar-benar menyerlah dan mampu menarik perhatian anda. Tetapi awas, jangan terlalu asyik memandang keindahan kemilau bintang sehingga lupa
kepada rumput yang dipijak. Mungkin pasangan anda sekarang bukanlah seorang yang benar-benar sempurna di mata anda, tetapi kebijaksanaannya melayan anda, berjaya menutup kekurangannya.

6. Jangan terlalu memilih. Sentiasa ingat bahawa tiada seorang manusia pun di dunia ini yang sempurna di dalam setiap aspek. Apa yang penting sentiasa berfikiran positif dan memberi peluang kepada insan yang anda sayang buktikan kebolehannya. Anda juga harus ingat, kesempurnaan dalam cinta tidak akan dapat dicapai sekiranya anda tidak berusaha bersama.

7. Cinta itu selalu membuatkan anda gembira walaupun ia kadang kala melukakan. Oleh sebab itu berikanlah cinta sejati kepada mereka yang benar-benar layak. Ini kerana bukan semua orang boleh bertahan apabila mengalami kelukaan yang diakibatkan oleh cinta.

8. Kepercayaan kepada pasangan adalah amat penting. Tanpa sikap saling mempercayai antara satu sama lain, hubungan yang terbina sudah pasti tidak akan mampu untuk bertahan lama. Jadi untuk mempercayai seseorang yang anda cintai, anda mesti membuatkan dia sentiasa mempercayai anda terlebih dahulu. Apa yang penting, sentiasa yakin dan jangan sesekali selitkan perasaan ragu-ragu terhadap pasangan apabila perasaan percaya itu telah mula wujud di dalam jiwa anda berdua.

9. Cinta memerlukan masa untuk anda menyedarinya. Walaupun ada yang percaya kepada cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa untuk insan yang seorang lagi merasai kehadiran cinta anda. Perasaan sayang dan kasih juga perlu dipupuk dan itu semua memerlukan masa supaya cinta yang terbina menjadi utuh buat selamanya.


10. Jangan sesekali berputus asa apabila wujudnya persaingan untuk merebut cinta. Anda perlu yakin dengan kehebatan dan keistimewaan anda. Namun jika anda gagal setelah berjuang, itu membuktikan anda seorang yang matang dan sentiasa positif apabila berhadapan dengan kegagalan. Tetapi sekiranya anda berjaya merebut cintanya, itu pastinya menjadi kenangan paling manis untuk anda kenang di sepanjang hidup anda.

11. Jangan bertangguh atau takut untuk meluahkan rasa hati. Biarkan dia tahu rahsia hati anda dan berikan dia sedikit masa untuk memikirkannya. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah apabila anda memberitahu insan yang anda sayang betapa penting dan istimewanya mereka di dalam hidup anda. Dengan itu anda pasti akan berasa puas dan lebih yakin untuk meneruskan kehidupan.

12. Cinta itu berasaskan pengorbanan dan tolak ansur. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu kelemahan dan kekurangan diri anda tetapi dalam masa yang sama masih boleh menerima serta mencintai diri anda seadanya. Jika kamu menemui insan sebegini, jangan sekali-kali melepaskannya kerana dia sudah pasti jodoh terbaik buat anda.

13. Sentiasa bukakan hati anda kepada insan yang anda sayangi.
Jangan sekali-kali meraguinya kerana keikhlasan yang dipamerkan sudah pasti akan dapat dirasai oleh hati yang sentiasa dipenuhi oleh cinta suci.

SwEet MeMoRy (",)





sajer nk add pic nie..attend interview at UtmKL. meet my kosmate after finished our study~~windu bangat time study same2 dulo2..huhuhu

CiNta Suci ------(@


Ramai yang tahu mengenai cinta. Ramai yang tahu menyebutnya. Bahkan ramai yang tahu meluahkan kata-kata indah sekadar menzahirkan keindahannya. Tetapi apakah sebenarnya cinta?




Sifat cinta

  • Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar


  • Cinta wujud sejak dilahirkan
  • Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka cinta kepada Tuhan.

    Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa dan cinta sebenar itu suci murni serta putih bersih.

  • Cinta bersedia

    Bila sampai masanya di setiap tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya, jiwa bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.

    Seterusnya, sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

  • Cinta itu indah

    Walaupun kewujudan cinta tidak mampu dilihat, cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulen dan tidak bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlapan dan putih bersih.

  • Cinta itu mengharapkan balasan

    Cinta antara manusia itu menjurus kepada jodoh atau pasangan, daripada diri yang punya persamaan. Apabila dapat apa yang dicari, bermakna cinta itu sudah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali.

    Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tetapi juga memberi.


  • Cinta itu menakluki

    Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ia dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tetapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

  • Cinta itu mengetahui

    Pada asasnya, sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel cinta.

    Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu peraturan cinta jika tidak diberikan panduan.


  • Cinta itu hidup

    Cinta ibarat manusia, boleh berputik lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis.

    Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tetapi ramai orang berharap supaya cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun sudah mati.

  • Cinta itu suci

    Sebagaimana yang banyak diperkatakan, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa.

    Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkannya daripada godaan nafsu yang tidak ada batasan. Disebabkan nafsu, cinta suci jadi bernoda dan berdosa.


  • Cinta itu pesona

    Cinta itu bukan saja indah tetapi mempesonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tetapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana kita melihat bayi yang comel dan bersih. Dia senyum dan merapati kita. Kita pula terpesona kerana bukan saja ia comel tetapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.

    Sifat cinta yang mempesonakan itulah yang sering membuatkan manusia berbuat silap apabila bercinta. Apa saja yang dilakukan kekasihnya mempesonakan dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa serta akan menodai cinta itu sendiri.

    Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan nafsu. Nafsu itu tidak boleh dikalahkan melainkan jika kita sentiasa ingat kepada Tuhan Yang Maha Pencipta.


  • Apakah itu bukti cinta?

    Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bukti cinta ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang dimahukan kekasih. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, cinta itu tidak tinggi nilainya.

    Anggapan itu sebenarnya tidak tepat. Jika kita memberikan semua yang diingini kekasih, apa yang tinggal pada diri kita? Benarkah dia cintakan kita bila dia mahukan pengorbanan kita?
  • Monday, July 20, 2009

    ....WelComing da BeginNing Of A nEw jOurney....



    GEMS Carnival!! waaa... nie krnival syok sendirik nmnyer..mn xnyer organised crnival tp sket jer yg dtg..biler mlm ade si fezal af4 tuh meriah ler sket..4 da 1st time handle bende cmnie fhm2 jela..kihkih








    nie la gmba ms xder org nk dtg ktorg punyer crnival...huhuhu.. ape lg dh xder org posing la beb!

    hahaha
    dis video is recorded during mR.Rajan class...i enjoyed his class sooo much.. so much activities. Da best part is masa sesi 'luahan perasaan' hihihi..
    ms tue kite lbh knal our frens.. n we'r getting closer than b4..huhuhu.. dat's y org ckp xknl maka xcinta!


    fUn+Fabulous+aCtiVe LEarning









    nie nk continue story mory bout the training..al maklum nm pun training so byk citernyer..hihihi
    during training tuh mg enjoy giler maner xnyer stayed in hotel mkn tido org support..wut else nk worried kan.. time nie la nk jadik 'body builder' mybe xla sehebat si sazali ( ala yg body dier ketul2 tuh) kihkihkih







    my schedule quite pack but there is alway time 4 dating! hahaha ~~lalalala
    life kt cni same cm life kt u gak cume ms kt u study bout theory but kt cni mcm2 ada..
    it's really great being GEMS participant n i nk suggest dat dis training should be more than 2month (tue pn if gov ade byk lg dwet hahahaha!!!)

    <--- dis pic ms nk present group siap ade "cheer'!! mak aih if kalo de video leh i kasik tgk but unfortunately xde huhuhu...

    a lot lg nk citer n cm biase 2 b continued>>>>>


    ~moments in Cherating~



    dis da pic of NurI'lmi Consultant Sdn Bhd..hahaha! wut a wonderful experience in GEMS cherating..

    Being the COO ( pronounce it as CHO'O) ~ni kes dak2 xtaw sebut nih! of the company ( comp yg cm syok sendirik ler) gave me a very3 new experience during 2 n half month kt saner..lalalala

    Besides, i met new frens from different bckground n also make new relationship wit some1 (oopss..dat's coming up!) hehehe